Link to JUSTME

* Sekiranya mahukan LINK ke laman ini, salin semua Kod HTML dan letakkan di laman web anda. Mahu bertukar link - hubungi JustMe

Sunday, December 16, 2007

Adakah Perlu Laman Web Sendiri?

balik ke Laman Utama

Is it necessary to have your own website?


Sebagai permulaan, adalah lebik baik saya menerangkan bahawa ada sesetengah pihak mendakwa bahawa dalam Internet Marketing ini, anda tidak semestinya ada laman web / blog sendiri. Memang tidak dinafikan bahawa ada pihak yang terbabit dalam Online Marketing / Internet Marketing menawarkan pakej menyeluruh dalam usaha menarik minat penyertaan sesetengah Internet Merketer (terma Bahasa Inggeris untuk usahawan Internet Marketing). Anda hanya perlu menyediakan sedikit modal permulaan seperti bayaran untuk membeli 'Domain' dan 'Web Hosting'. Selepas itu semua kerja dilakukan oleh pihak yang terlibat dan anda hanya perlu mengir wang yang masuk beribu-ribu ke akaun anda melalui web yang kononnya akan direka dan dipasarkan oleh mereka.

Mudahnya.... malah ada sesetengah pihak juga sanggup menawarkan wang untuk bayaran 'web hosting' dan anda cuma perlu mendaftar dan membayar 'domain' di laman web yang 'cadangkan'. Itu anda boleh tafsir dan pertimbangkan sendiri. Terus terang saya mengaku saya ada menawarkan pihak berkenaan untuk menggunakan 'domain' yang telah saya daftar sendiri tetapi tak berjaya melalui proses berkenaan. Alasan saya - pendaftaran 'domain' melalui laman web yang dicadangkan tu mahal berkali ganda. Walaupun pihak Internet Marketing itu berjanji untuk sponsor 'web hosting' selama setahun, itu baru janji sedangkan kita dah nak kena bayar harga 'domain' yang mahal berkali ganda. Nak cuba daftar guna 'domain' saya sendiri, banyak hal pulak - tak boleh proses. Asyik suruh daftar 'domain' baru saja. Amat mencurigakan. Entah lepas dah kita daftar dan bayar domain baru, semua hilang. Takkan nak telefon kejar orang jauh-jauh. Buang duit je. Tapi kalau diam pun duit dah terbang, daftar 'domain' yang mahal.

Jadi pandangan saya - daftar domain sendiri. Bukan susah, semuanya secara online tapi kena guna kad kredit atau internet akaun. Ada beberapa laman web yang biasa saya daftar 'domain'. Boleh cuba sebab laman ni masa saya pergi kursus Internet Marketing bertahun dulu pun dah ada kredibiliti. Kalau nak daftar boleh klik....
Perhubungan dalam internet ini kenalah berhati-hati sedikit. Gunakan servis laman-laman web yang ada kredibiliti. Internet marketer yang bermata biru (mat saleh) pun banyak yang kena tipu dalam internet ini. Jadi berhati-hati untuk setiap pelaburan.

Sekiranya ada Internet Marketer melayu yang pernah menggunakan servis ini dan ingin berkongsi pengalaman, bolehlah memberi pendapat anda (baca nota dibawah - terima kasih). Yang nak buat pertanyaan pun boleh baca nota di bawah.

Pandangan saya - saya dari dulu lebih suka belajar dari bawah (basic) dalam Internet Marketing ini kerana hampir kesemua apa yang diperlukan ada didalam internet. Saya ada banyak juga menjalankan usaha saya dalam Internet Marketing ini seperti membina laman web, blog dan lain-lain yang berkaitan dalam Bahasa Inggeris. Tapi kini saya juga menumpukan kepada usaha yang sama tetapi dalam bahasa ibunda saya kerana ingin berkongsi pengalaman dengan bangsa saya untuk turut memajukan diri dalam bidang ini disamping cuba menambah pendapatan sendiri.

Saya selalunya amat berhati-hati bila ada tawaran mudah untuk buat duit. Bukannya nak mempertikaikan kejujuran orang lain tapi cuma bersikap lebih berhati-hati sebab yang dah kena tipu lagi ramai. Apa pandangan anda?


(NOTA : Sekiranya anda ingin memberi pendapat atau membuat pertanyaan, sila ke laman utama JUSTME (klik sini) untuk memudahkan rujukan semua pihak. Terima kasih.)

JUSTME
balik ke Laman Utama